Loading



DIGITAL MARKETING MASTERCLASS
Business

DIGITAL MARKETING MASTERCLASS
Business


Registration Closed

Thumbnail Image
Please be informed
Latihan Dalam Talian melalui platform Google Meet / Webex / Zoom. Pautan akan diberikan selepas pengesahan pembayaran.
01/07/2022 - 30/09/2022 Tentative is available below.
Online Course

For any inquries, please contact :-
Rifqi
0137922809
rifqi@uitm.edu.my
Farhani
0126106008
farhanizol@uitm.edu.my

ADMIN : 0355448105

Description

Pelaksanaan pemasaran digital semakin meluas dan menjadi satu trend dalam dunia perniagaan masa kini. Kebarangkalian perniagaan yang tidak mengaplikasikan pemasaran digital adalah mereka tidak akan berpeluang untuk bertahan lama dan bersaing seperti perniagaan yang lain pada abad ini kerana semakin ramai pengguna kini meneliti dan membeli produk melalui kaedah atas talian.

Cara pemasaran kini telah berubah menjadi lebih menarik dan kreatif. Taktik pemasaran digital telah terbukti sebagai kaedah paling efektif untuk menarik perhatian bakal pelanggan alaf baru. Terdapat banyak kelebihan dalam menggunakan kaedah pemasaran digital sehinggakan sesetengah perniagaan sanggup membuat pelaburan yang besar untuk mempromosikan perniagaan mereka di atas talian.

Objective

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu para usahawan meningkatkan pengetahuan 
tentang pemasaran secara digital yang kini menjadi suatu kepentingan bagi setiap perniagaan. 
Untuk mencapai tujuan ini, beberapa objektif telah dirangka:

•    Memahami konsep dan kepentingan menguasai semua medium saluran pemasaran digital.
•    Meningkatkan pengetahuan bagaimana untuk mengintegrasikan semua medium pemasaran perniagaan digital dengan berkesan.
•    Memahami tujuan dan fungsi setiap saluran pemasaran diintegrasikan untuk tingkatkan jualan.
•    Meningkatkan strategi dan teknik pemasaran digital yang berkesan.

Who Should Attend?

TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERMINAT

Outline

Peserta program ini akan dibimbing dan didedahkan kepada ilmu teori dan strategi praktikal yang dirangka dan disusun khas bagi mengintegrasikan semua saluran pemasaran digital seperti Facebook, Google, Website, Messenger, YouTube dan Email Marketing agar mereka dapat mendominasi segmen pasaran pelanggan dengan lebih cepat dan berkesan.

Dengan gabungan semua saluran digital pemasaran, ia dapat membuka peluang untuk berkongsi produk atau servis akan sentiasa wujud di mana-mana membuatkan jenama dikenali. Kunci kejayaan bagi sesuatu perniagaan sebenarnya adalah dengan membina database pelanggan. Dengan maklumat ini, peniaga boleh menggunakannya untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan perniagaan yang berkesan.

Perlaksanaan program ini akan membuka peluang dan ruang bagi membantu peserta memahami strategi menguasai semua saluran pemasaran dalam tempoh masa yang singkat. Usaha ini adalah bertujuan membantu dan melahirkan peniaga yang mengetahui cara mewujudkan semua iklan pemasaran di semua saluran pemasaran untuk mengimplementasikan dalam perniagaan.

Tentative

Tentatif Program

8.30 am   : Pendaftaran Peserta

9.00 am   : Program bermula

1.00 pm   : Program Tamat