Penggunaan Bahasa Inggeris dilihat sebagai medium komunikasi yang amat penting oleh kerana Bahasa Inggeris adalah Bahasa "Universal" yang digunapakai oleh semua lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Penguasaan bahasa Inggeris juga menjamin kelancaran urusan yang melibatkan bangsa negara lain dan memudahkan kita berhubung dengan dunia luar. Tahap penguasaan bahasa Inggeris melambangkan kemajuan dan tahap pendidikan seseorang individu.