Loading



PENGENALAN KEPADA PEMASARAN DIGITAL
Academic

PENGENALAN KEPADA PEMASARAN DIGITAL
Academic


Registration Closed

Thumbnail Image
18/02/2023 Tentative is available below.
Online Course

For any inquries, please contact :-
NUR' AIN BINTI MOHD SAHAROM
0105060772
nurainms@uitm.edu.my


Description

Pelaksanaan pemasaran digital semakin meluas dan menjadi satu trend dalam dunia perniagaan masa kini. Kebarangkalian perniagaan yang tidak mengaplikasikan pemasaran digital adalah mereka tidak akan berpeluang untuk bertahan lama dan bersaing seperti perniagaan yang lain pada abad ini kerana semakin ramai pengguna kini meneliti dan membeli produk melalui kaedah atas talian.

Cara pemasaran kini telah berubah menjadi lebih menarik dan kreatif. Taktik pemasaran digital telah terbukti sebagai kaedah paling efektif untuk menarik perhatian bakal pelanggan alaf baru. Terdapat banyak kelebihan dalam menggunakan kaedah pemasaran digital sehinggakan sesetengah perniagaan sanggup membuat pelaburan yang besar untuk mempromosikan perniagaan mereka di atas talian.

Objective

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu para pelajar empowerNCER Akademik 2021 yang tidak mendapat tempat untuk menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi. Latihan dan kemahiran akan didedahkan kepada pelajar yang dipilih agar tiada yang keciciran dalam menyambung pelajaran. 
Untuk mencapai tujuan ini, beberapa objektif telah dirangka:

•    Memahami konsep dan kepentingan menguasai kemahiran asas teknologi
•    Meningkatkan pengetahuan bagaimana untuk mengintegrasikan semua medium dengan berkesan.
•    Mewujudkan masyarakat yang seimbang terutamanya di kawasan luar bandar
•    Memberi panduan kepada pelajar agar dapat meningkatkan kemahiran insaniah

Who Should Attend?

Pelajar empowerNCER-Akademik 2021

Outline

Peserta program ini akan dibimbing dan didedahkan kepada ilmu teori dan strategi praktikal yang dirangka dan disusun khas bagi mengintegrasikan semua saluran pemasaran digital seperti Facebook, Google, Website, Messenger, YouTube dan Email Marketing agar mereka dapat mendominasi segmen pasaran pelanggan dengan lebih cepat dan berkesan.

Perlaksanaan program ini akan membuka peluang dan ruang bagi membantu peserta memahami strategi menguasai semua saluran pemasaran dalam tempoh masa yang singkat. Usaha ini adalah bertujuan membantu dan melahirkan peniaga yang mengetahui cara mewujudkan semua iklan pemasaran di semua saluran pemasaran untuk mengimplementasikan dalam perniagaan.

Tentative

Tentatif Program
8.30 am   : Pendaftaran Peserta
9.00 am   : Progam bermula                                                                                                                          
1.00 pm   : Program Tamat